Lama kita dengar dan baca ayat kat atas tu kan. I la... org lain tak tahu. terima jek, tanpa selidik, pas tu pakai amik, wah ... bunyi cam best, tapi tak faham. yea la sejak disuruh belajar menyelidik ni, semua benda kalau boleh I nak selidik.
Hari ni nak cerita pasal ayat ni la pulak yea.
Sejarah ayat cun kat atas tu adalah daripada potongan Suran An-Nur ayat 11 - 27, yang diawal ayat dicatat ... LAZIMNYA ... maksudnya org yang buruk perangai lazimnya akan mencari pasangan hidup dari orang-orang yang sejenis dengannya supaya bebas melakukan perkara yang keji. Begitu la sebaliknya.
Ayat ini diturunkan bagi mematahkan niat jahat ketua musyrikin yang menuduh isteri nabi, Aisyah berlaku sumbang. Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu. Ini kerana mana mungkin Rasullah (s.a.w), sebaik-baik dan semulia-mulia manusia begitu juga isteri dan seisi keluarga baginda yang sentiasa mendapat pentujuk dan perlindungan dari Allah (s.w.t) melakukan maksiat.
Dengan peristiwa tersebut itu, maka turunlah ayat di atas. Cantikkan.
Tak sabar nak share cerita pasal kenapa kita disuruh buka kasut dan peristiwa Nabi Musa.
Jumpa lagi. tata
0 comments:
Post a Comment