Thursday, March 15, 2012

More 'lass' in our house

Seronok bila sampai musim bunga ni, bunga pelbagai.  Pelikkan.  Kat Msia berbunga sepanjang tahun, tak nyer la mengambil kisah.  sampai sini ngada-ngada plak beli bunga bagai.  hishhhh.  


Mungkin sebab environment kot, jadi suker.  Maka I pun sma-sama la menyibuk membeli bunga.  Letak hujung sikit sana, sini.  Seri la sikit umah orang ni.


Jadi sebagai menyambung kuntuman bunga tu, layan je la gambaq-gambaq.  tengah bulan depan, kita kenduri gambar bunya baikkkkk punya, Insyaallah.




Pasu dia shantek kan ?  Sukerrrr




Sila jamu mata




 Abis, tukar warna plak...






Abis.....

Wednesday, March 14, 2012

Sejarah doa ketika nak berhujah.

Lama tak kongsi ilmu kan.  Bukan ilmu apa pun, tapi sedikit pengetahuan yang diperolehi bila baca terjemahan.  Banyak yang dah tahu, TAPI lagi banyak yang tak tahu.  Hishhh..., umur dah 4 dekad nih

Hari ni nak kongsi doa yang selalu orang baca bila nak berucap, sebenarnya kalau nak present paper cam I pun amat la sesuainya.

Kena C&P la plak.  Terima kasih la kat google, mintak izin la untuk letak kat blog ni yea

Surah Taha: 25-28



Biasa dengar kan?  Allah turunkan ayat ini bagi memberi panduan kepada kita bagaimana Nabi Musa memohon ketenangan hati dan kelancaran ketika berucap sebab nabi Musa tidah sepetah dan selemah lembut abang baginda nabi Harun.

Nabi Musa diperintahkan untuk menyebarkan agama kepada satu kaum yang kuat dan mempunyai raja yang amat kejam - Firaun.  jadi Nabi Musa memohan kepada Allah supaya dilapangkan dada sehingga dapat menghadapi segala pertentangan dengan tabah hati.

Alangkan Nabi pun memohon, apatah lagi kiter yang serba kerdil dan kekurangan ...

Selamat beramal ...

Hijaukan Bumi ...

Lamanya draft ni tak di'udara'kan.  Kisah kesum ku.

Kesumku sedang menggemukkan diri .  Setelah berhibernasi selama 5  bulan, matahari menjelma kembali dan pokok-pokok senyum semula.  Spring ni banyak bunga-bungaan dijual.  Nak kata murah, tak jugak la, £5, murah ke?  Tapi boleh la.... Kami pun tumpang laram jugak,  bagi rumah naik seri sikit.

jadi layan je la yea gambar-gambar.








Catatan mingguan ... kadang macam azimat gak

Ini kira macam azimat la setiap Jumaat.  penin la ni, dah 2 minggu dok deal ngan benda ni.



Sunday, February 19, 2012

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

Lama kita dengar dan baca ayat kat atas tu kan.  I la... org lain tak tahu.  terima jek, tanpa selidik, pas tu pakai amik, wah ... bunyi cam best, tapi tak faham.  yea la sejak disuruh belajar menyelidik ni, semua benda kalau boleh I nak selidik.

Hari ni nak cerita pasal ayat ni la pulak yea.

Sejarah ayat cun kat atas tu adalah daripada potongan Suran An-Nur ayat 11 - 27, yang diawal ayat dicatat ... LAZIMNYA ... maksudnya org yang buruk perangai lazimnya akan mencari pasangan hidup dari orang-orang yang sejenis dengannya supaya bebas melakukan perkara yang keji.  Begitu la sebaliknya.

Ayat ini diturunkan bagi mematahkan niat jahat ketua musyrikin yang menuduh isteri nabi, Aisyah berlaku sumbang.  Kita hendaklah menyiasat terlebih dahulu.  Ini kerana mana mungkin Rasullah (s.a.w), sebaik-baik dan semulia-mulia manusia begitu juga isteri dan seisi keluarga baginda yang sentiasa mendapat pentujuk dan perlindungan dari Allah (s.w.t) melakukan maksiat.

Dengan peristiwa tersebut itu, maka turunlah ayat di atas.  Cantikkan.

Tak sabar nak share cerita pasal kenapa kita disuruh buka kasut dan peristiwa Nabi Musa.

Jumpa lagi.  tata

Saturday, February 18, 2012

Kecelaruan jadual harian

I ni ada 3 SV.  Tp biasa deal ngan 2 jek.  Satu lagi amatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt jarang jumpa.  Sebenarnya plan study I dah lari.  Supposed analysis for 4th chapter dah siap akhir January lalu.  Tapi sesungguhnya manambah baik + mak nenek segala ni memang memakan masa.  Sabar la hati.  Dah elok-elok agreed, sangkut plak kat SV yang satu lagi ... I pun mula la nak jadi naga.  Depa tak tahu, I kalau jadi naga, naga Merlin pun boleh pitam. 

Maka dengan selamba dan tak reti sabar, I nak jumpa gak ngan 3 SVs tak kira la depa sibuk macam mana.  I pun sibuk gak nak siapkan thesis I sebab suami + anak nak balik dah.  I kalau tinggal sorang kat sini, mmg tak balik la jawabnya.  My main Sv yang arranged, terasa plak dia PSU I.  Astagfiruulah, giler ko Aishah. Tapi dia la SV I yang paling memahami dan i tak malu kadang meluah rasa geram.  Dia pun kata, I ni degil orgnya.  nampak dia dah faham I kan.  Tu I ngan dia agak close sebab serasi la gamaknya. 

Sambung balik .... Ada I kisah, Kerajaan kita bayar mahal-mahal kat sini, kalau komitmen tak bagus, memang sajer la.  Maka berjumpa la kami 8 mata ngan I yang jadi moderator ... hahhaaa.  mesti depa kata, lagak tul minah ni ...argghhhh persetankan.  Mahal wooo fee study kat cni.  Duit rakyat ni.  Yang penting kerja I jalan.  Tahun depan I tak jumpa dah depa semua.

Maka nak menyiapkan benda alah tu semua ngan 3rd chapter analysis yang masih biol sebahagian lagi, membuatkan jadual hidup jadi celaru.  IPCC formula ni rasanya dah berapa kali difahami.  Kalau I berjaya ngan formula ni, insyaalah Kyoto Protokol tu tiada masalah.  Kalau represent country pun, aisehhh tak segan la sebab ada ilmu kan.  Rasa I tak pernah gi lagi meeting IPCC. yang lain-lain dah pergi.  Brown conventions ni banyak giler meeting, tapi best w/pun kadang kerja cam kat dunia sendiri.

Bangun tido jek, benda I ingat, chapter 3 I.  Nak tengok TV, ingat Chapter 3... huhuhuhu.  Mmg tak productive hidup sekarang.  Kadang I rasa study malam lagi besh dan idea banyak.  kadang semua ahli dalam umah ni menonton TV dan do family activities, I tido, kadang seawal 7.30 malam.  Time diaorang tido, I bangun sampai subuh.  Entah la... yang penting I happy dan kerja jalan.  Alhamdulillah mereka faham.  Tak lama lagi pun, 10 bulan je lagi.  Pas ni I akan untukkan sepenuh masa I untuk mereka.

Hey, panjang plak celoteh kali ni ... tunggu tazkirah untuk N3 akan datang

Tata

Strawchoc with banana cake lagikkk.

Lama tak mengupdate.  Alasan mesti la sama.  Kalau tengah kecelaruan fikiran, mmg nyampah dengan semua benda.  Nak kata lapang la ni, tak juga ... tapi I mmg nak makan yang bukan-bukan.  Nanti kita bukak N3 pasal kecelaruan hidup kami la ni... hua..hua

Kita layan gambar la yek.  Rasa nak makan straberry choc.  benda ada, malas tu nauzubiullah.  Hari ni I nak buat jugak.  My Darling kecik yang tolong, I tenggek-tenggek periuk + boil water, melted the choc, pas tu I tinggal solat.  Dia yang tunggu kat dapur.  I tenggok dia ni suker tplong kalau I kat dapur, lain sikit dari Princess.  Lain org lain la ragamnya.


Leaps cuci straberry.  Dah abis musim, baru gatai nak nak buat bagai.  Harge pun cam mesti la mahal sikit waktu ni.  Tapi banding kat Msia ... kira murah amat la.


Choc ku telah melted dan ready untuk dingap ...


Motif ? lain position ... hahahahaha



Telah ku cicah sambil tengok Horrid Hendry


Hari ni Birthday Madiha, Arissa ngan Aishah.  Budak kenit-kenit.  I pun tak tahu la, nak bagi apa.  I sedekah kek pisang je la yea.  Pun sodap.  I bubuh coklat rice banyak-banyak, chop nut ... rasanya sedap la kot.  Tak sedap pun, fefeling sedap jek.  Lagi sesejuk cam ni, semua benda sedap.


dan lagi ....

tata